Wednesday, January 18, 2012

Penting ke supplement untuk penyusuan??

Bila bercerita bab penyusuan dan supplement ni mmg tak henti2. Si A kata tak payah ambil..si B pula kata kena ambil. So kita ni kena ambil supplement ke tidak? Itu belum bab yang nak cari milk booster atau produk tambah susu lagi..kadang2 mama rasa benda ni boleh bawa konfilk juga yek? Pening juga!

Ibu2 kena faham konsep asas penyusuan. Supply vs Demand.  
LEBIH KERAP BAYI DI SUSUKAN atau LEBIH KERAP MENGOSONGKAN PAYUDARA DILAKUKAN MAKA LEBIH BANYAK SUSU DAPAT DIHASILKAN.


Kalau ibu2 semua hanya mengambil supplement untuk tujuan penyusuan, emmm susahlah macam tu. Vitamin bukanlah salah satu cara untuk membanyakkan susu kita. Vitamin diambil demi memastikan tubuh ibu sustained sihat, bertenaga, ceria dan terus bersemangat untuk melakukan pelbagai tugas harian.

Tetapi perlu diingati juga..untuk berjaya dalam penyusuan, ia juga bergantung kepada tahap kesihatan ibu itu sendiri. Kalau ibu asyik sakit je..badan tak bertenaga, lemah, letih..selalu stress..minum air pun sikit sgt  macam mana ibu tu nak berjaya?

Sebagai ibu yang menyusukan anak kita memerlukan lebih bnyk kelori, lebih dari ibu yg mengandung tau. Jadi kita perlulah menjaga pemakanan kita (mengikut piramit makanan), rehat yang cukup, tubuh sihat, bebas dari stess dan banyakan beribadat kepada Nya.Barulah balance kan?

Mungkin ada yang mengatakan..orang yang tengah kebuluran di Somalia pun boleh menyusukan anak. tak kan kita di Malaysia ni tak bole? Ye..itu betul..tapi orang yang kebuluran tu bekerja ke? taraf hidup dia dgn kita ni sama ke? Habis tu kita nak menyusukan anak kita sampai macam tu sekali ke? Kalau macam tu mama pun bolehlah sama kan diri mama sama dgn cacing lah ye.. "cacing dalam tahan pun boleh hidup!"

Keluhan2 yang sering mama dengar : 
* "Ish senjak menyusu ni letihlah, nak bersama pun tak larat". 
* "Pinggang, badan, sendi2 semua sakit" 
* "Muka tak bermaya lagsung, nampak macam org tua lah"
* "Payudara saya lembik dan kendurlah"
* "Badan saya letih betul, makan tak menentu..kerja di office bnyk.lepas tu nak pam susu lagi"

Wah..wah..banyaknye rungutan..Kenapa semua ni terjadi ye? Janganlah salah kan penyusuan pula! Macam mana kita nak berjaya menyuskan anak kita sehingga 2tahun kalau bnyk sgt rungutan?

Macam mama sendiri, mama seorang Isteri kepada En. Hafiz..Mama kepada Nur Qaireen Syaza..Ibu, Bapa dan Kakak kepada adik2 mama Melissa & Mohammad Qayyum. Rasa2nye berat tak tanggungjawab mama. Mungkin ada org boleh mengatakan yang adik2 mama dah besar..so bukan susah mana pun nak jaga..wahhhhh..mama selalu berkata Alhamdulillah! Anda tunggu giliran anak anda dah besar. Lebih hebat cabaran nak menjaga budak remaja dari budak kecil. Mama mengambil alih tanggungjawab tersebut dari tahun hujung 2006 sehingga kini. Masa tu adik lelaki mama baru form 2. Adik perempuan mama masih belajar di Politeknik Ungku Omar..kini adik lelaki dah masuk Matrik dekat Kuala Pilah, adik perempuan baru je konvo di UTHM. Mama bangga dengan pencapaian meraka..dan mama juga bangga dgn diri mama.

Mama bukan nak cakap besar. Kadang2 terasa macam SuperMak pula..hehee tapi mama nak juga jadi SuperIsteri dan SuperKakak. So apa yang mama perlukan ialah supplemant! mama mmg sgt2 memerlukan. Mama tahu apa yang terbaik untuk mama. Mama bekerja, business, nak pam susu, nak buat kerja rumah lagi, malam tidur tak menantu, terkejar sana..terkejar sini..Itu belum termasuk melayan si bapa lagi, kekeke..

Perghhhh dah macam lipas kudong bila bergerak! Patutlah ramai yg tegur mama.."apasal ko tak gemuk2" yang paling best sekali "muka ko ni dari sek tak berubah" wah gitu!! awet muda ke daku ni??heheee (kembang hidung jap)

Percaya tak ?
pertama: 
mama sgt susah nak kena selsema.bukan nak ckp besar,nnt Allah marah pula.tapi senjak dari kawin sehingga kini mama kena selsema sekali je..itu pun dalam sehari.


kedua:
masa mengandung..baru nk masuk 3bulan kaki,pinggang dah mula sakit.setiap kali gosok gigi mesti berdarah. setiap hari kaki krem..kebetulan masa mengandung mama tak boleh minum susu,padahal mama mmg penggemar susu..tp bila dah ambil kalsium Alhamdulillah tiada lagi gusi berdarah dan kurang sakit pinggang n sendi. Qaireen pun masa dalam pantang badan n tengkuk dia kuat.dkt NICU masa meniarap siap boleh angkat kepala lagi.skrg ni gigi dah penuh.dentist pun terkejut
ketiga :
mama ada gastrik yg teruk dari darjah empat.kalau tak percaya boleh tanya dgn family mama..hospital mana tak pernah pergi klg,ipoh,sg petani,tapah..semua dh pernah masuk sbb gastrik.tiap kali puasa mesti kena ambil ubat!tapi tsampai bila? lepas mengamalkan supplement yg sesuai..Alhamdulillah thn ni mama dah boleh puasa!!

tahun lepas mama menyusu & puasa..mmg badan lemah sampai menggigil dan demam.tp tahun ni siap boleh masak dan tolong adik jual biskut raya lagi..baba pun hairan.
 Apa yang ambil untuk terus kekal bertenaga dan sihat? Jawapannya supplement lah..supplement apa? Shaklee lah.


Kesimpulannya..vitamin bukanlah milk booster. Tapi vitamin ni sangat2 membantu utk mama terus kekal sihat, bertenaga, awet muda dan berseri2 serta...untuk mama terus berjaya dalam proses penyusuan Qaireen. Alhamdulillah 19hb ni Qaireen dah 18bulan..ada 6 bulan je lagi nak berjaya! Ingat ye..untuk nampak cantik lagi 10tahun akan datang, ianya bermula dari sekarang. So tepuk dada tanya seleralah..jawapan ada di tangan anda ^_^


credit
Disini mama sertakan sedikit info mengenai vitamin2 glamor ini.



Vitalea~lengkap dgn zat besi.Ianya diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh. Ia dapat Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh dan Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas

Vitamin B-Complex menyokong fungsi saraf dan menukarkan tenaga dari makanan dengan berkesan. Shaklee B-Complex mengandungi kesemua 8 jenis Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh

Vitamin C – Vitamin C merupakan bahan antioksida berkeupayaan tinggi yang juga turut dikenali sebagai nutrisi yang berupaya melakukan semua perkara. Utk kulit yang cantik, anda perlukan Vitamin C


ESP (Energizing soy protein) – Tubuh manusia memerlukan tidak mampu menghasilkan semua asid amino yang diperlukan tubuh. Sedangkan asid amino ni penting utk pembentukan enzim, hormon, tisu dan sel. Tahukah anda, pencemaran dan proses memasak yang melibatkan suhu tinggi, serta penggunaan racun perosak dan antibiotik dalam pertanian, telah merosakkan banyak rantai asid amino yg kita perolehi dari ayam,daging, ikan. ESP diperbuat dari kacang soya yang tidak di modifikasi secara genetik, bermakna baka genetik asli kacang soya. Dan ia memenuhi semua keperluan asid amino manusia.


Ostematrix (Calcium Magnesium) – diperlukan untuk menyokong pertumbuhan tulang dan gigi dan juga untuk aktiviti otot yang normal. dan juga mengurangkan risiko osteoporosis


Alfalfa adalah galactagogue yg turut membantu menggalakkan penghasilan susu ibu secara natural jika ibu mengamalkan penyusuan secara kerap dan betul. Dan alfalfa juga berfungsi utk keintiman wanita.

Anda berminat!! Sila email saya norliyanamazli@yahoo.com, facebook (Norliyana Mazli) atau sms 0193134842 untuk sebarang pertanyaan..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...