Ok..jom kita baca tentang Vitamin E.
Shaklee Vitamin E dalam majalah iSihat November 2011 *credit to Norhaliza Mohd Yusof
Vitamin E ialah salah satu
antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Ia
memperbaiki peredaran darah, yang mana perlu untuk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam
rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit
fibrocystic buah dada.
Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan,
mengurangkan parut yang diakibatkan oleh sesetengah kecederaan,
mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak,
meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari
kekejangan. Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada
sesetengah lelaki. Ia juga mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di
masa yang sama menguatkan dinding kapilari.
Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang.
Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun
1998 mendapati bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang
dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok.
Lain-lain kajian megesyorkan bahawa vitamin ini dapat memperlahankan
perkembangan penyakit Alzheimer. Sepanjang ini diketahui bahawa vitamin
E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis
penyakit.
Secara kesimpulan :
1.
Vitamin E membuatkan si pengamal nampak muda kerana vitamin E melambatkan proses penuaan. Pengambilan
vitamin E yang konsisten sangat membantu dalam mendapatkan tekstur
kulit yang cantik. Ianya juga membantu menghilangkan parut dan
jeragat.Membantu wajah nampak lebih berseri dan tidak kusam.
2.
Vitamin E mencegah segala pertumbuhan abnormal sel terutama kanser. Pengalaman
ibu sendiri bila mengalami bengkak susu yang ketara, ibu akan
mengambil dua biji vitamin E namun ianya bukanlah diamalkan secara
berterusan cuma pada saat melalui saat bengkak susu atau clog duct.
Seorang teman sebelum ini mengalami masalah dimana tempat kemaluannya
didapati mempunyai benjolan seperti bengkak ketumbuhan, beliau
mengamalkan dua biji vitamin E selama 7 hari dan alhamdulillah
ketumbuhan itu mengecut dengan sendirinya. Ini kerana Vitamin E
membantu mengecutkan pertumbuhan abnormal sel dan melancarkan saraf
terutama bagi ibu yang menyusu dan dapat mengelakkan bengkak susu yang
berlarutan.
3.
Vitamin E sangat membantu dalam aspek kesuburan. Bagi
ibu yang menyusu, kedinginan adalah masalah biasa yang bakal dilalui
disebabkan hormon prolaktin yang lebih tinggi dari hormon estrogen.
Walau bagaimanapun melalui pengalaman ibu, pengambilan vitamin membantu
mengatasi masalah kedinginan.
4.
Vitamin E membantu pengaliran darah dengan lebih lancar. Membantu mengatasi masalah saraf belakang terutama mereka yang sering mengadu masalah sakit bahagian belakang badan.
5.
Vitamin E membantu mempercepat proses baik luka. Sangat
membantu apabila si ibu yang menyusu mengalami luka di bahagian
nipple. Rata2 ibu yang menyusu akan melalui saat sukar apabila puting
susunya melecet ataupun luka. Pengambilan yang konsisten sangat
membantu si ibu recover dari kesakitan yang dilalui.
6.
Bagi wanita yang pernah melahirkan anak, perasankah
anda kawasan erola iaitu kawasan bahagian puting susu menjadi besar dan
gelap. Semakin banyak kelahiran akan membuatkan ianya semakin gelap.
Ibu membuat kesimpulan bahawa ianya merupakan pigmentation after
kelahiran. Namun dengan pengambilan vitamin E yang konsisten membantu
kawasan gelap itu mengecil dan warna puting menjadi cerah semula.
7.
Bagi yang mempunyai masalah pre-menstrual yang teruk, vitamin E membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual.
credit : Dila Jalil
Berminat untuk dapatkan vitamin E...
Sila email saya norliyanamazli@yahoo.com, facebook (Norliyana Mazli) atau sms 0193134842 untuk sebarang pertanyaan.