Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts

Monday, October 12, 2015

Bagaimana cara untuk membekalkan susu (ebm) ke taska atau rumah pengasuh

Salam semua, lama sungguh saya tak update blog ni. dah bersawang2 dah :) Mood nak update blog kembali sebab sekarang saya sedang mengandung anak ketiga dan insyaAllah lagi tiga bulan akan melahirkan anak. Macam anak yang kedua, saya berazam untuk fully breastfeed anak saya ni walaupun saya akan sibuk dengan kerja2 sebagai doktor seperti clinic, oncall dan sebagainya. 

Ilmu- ilmu tentang ebm pun perlu diulangkaji semula sebab dah dua tahun berhenti menyusu badan, anak kedua dah 4 tahun kan. Saya kongsikan untuk anda cara untuk bekalkan susu ke taska atau rumah pengasuh. Tips ni saya dapat dari dua blog ni.

Hari ini saya nak kongsikan cara-cara untuk bekalkan EBM ke Pusat Asuhan. Pastikan kita menerangkan cara-cara menggendalikan susu ibu (EBM) kepada pengasuh. Kepada yang mendapat pengasuh yang sudah mahir selok beloknya, lebih mudah :) 

Ihsan artikel : http://whenmayend.blogspot.com
Ihsan gambar : http://harlindahalim.blogspot.com/ 

Setibanya di rumah, saya akan mulakan proses dengan mengasingkan EBM yang diperah di tempat kerja tadi sebanyak 4 oz setiap botol dan letakkan kesemua EBM ke dalam bahagian sejuk peti ais (bahagian bawah). 
Pada sebelah malamnya lebih kurang jam 11 malam saya akan keluarkan 3 botol EBM beku yang bertarikh paling lama dari bahagian beku. 3 botol EBM beku tadi saya letakkan dalam sebuah bekas yang berisi air paip dan masukkan ke dalam bahagian sejuk peti(bawah). Cara ini membantu EBM beku tadi cair dengan sempurnanya di keesokan paginya.

Seawal jam 5 pagi saya biasanya bangun mengepam, selepas mengepam saya akan mulakan proses memindahkan EBM yang dicairkan ke dalam botol (sekiranya simpan didalam plastik) dan melabelkan botol-botol susu untuk ke pusat asuhan. Mula-mula saya akan susunkan 3 botol 'fresh EBM' dan 3 EBM yang dicairkan semalaman mengikut tarikh dan masa. Kemudian saya akan melabelkan setiap botol. Manakala baki 'fresh EBM' di bahagian sejuk saya akan pindahkan ke bahagian beku.







C
ara melabel, saya akan labelkan dulu EBM yang telah dicairkan kepada nombor 1, nombor 2 dan nombor 3. Sebabnya EBM beku yang telah di cairkan WAJIB di gunakan dalam tempoh 24jam. Jadi anak saya akan habiskan EBM yang dicairkan terlebih dahulu. Dan 3 botol 'fresh EBM' akan dilabelkan mengikut turutan dari nombor 3 hingga nombor 6.



Mengapa kita perlu sediakan 'fresh EBM'? Sebabnya anak kita, kadang-kadang tidak habiskan kesemua stok susu yang kita bekalkan setiap hari, mungkin 4 atau 5 botol sahaja yang dapat dihabiskan. Atau mungkin kesemua susu dapat dihabiskan sekiranya saya lewat mengambilnya di pusat asuhan. Sekiranya susu tersebut tidak dihabiskan, saya akan meminta jasa baik pengajar pusat asuhan untuk terus meletakkan susu tersebut di dalam peti ais Pusat Asuhan untuk digunakan keesokkan harinya. 'Fresh EBM' dapat tahan selama 2-3 hari dibahagian sejuk peti ais. Dan sekiranya hari tersebut adalah hari jumaat(hari terakhir bekerja) saya akan membawa pulang 'Fresh EBM' tersebut untuk dibekukan.

Amaran; EBM beku yang telah dicairkan tidak boleh dibekukan semula. Sekiranya bayi anda tidak menghabiskan stok dari EBM beku yang telah dicairkan dalam tempoh 24 jam, susu tersebut perlu dibuang. Maknanya membazir kan?.

Juga digalakkan menyediakan 'bottle warmer' untuk pengajar pusat asuhan memanaskan susu. Maknanya pengajar tidak perlu memanaskan air semata-mata untuk merendam susu. Sebenarnya kita sangat digalakkan menggunakan pemanas botol khas kerana EBM tidak boleh dipanaskan lebih 40 degree, nanti merosakkan nutrien.

Nampak macam complicated tapi bila dah buat hari-hari kita jadi biasa dan pengurusan masa kita lebih baik. jom ibu-ibu kita berikan nutrisi yang terbaik dari susu ibu untuk bayi kita.

Happy breastfeeding :)

Dr Liyana Mazli
0193134842
IG: liyanamazli
norliyanamazli@yahoo.com
Your Trusted Shaklee Independent Distributor

Thursday, February 7, 2013

Shaklee menyokong breastfeeding, supplemen lengkap utk para ibu

Shaklee menyokong penuh ibu menyusu dan menyediakan supplemen lengkap utk ibu menyusu, mengandung dan berpantang bagi memenuhi keperluan nutrien mereka..

Dah banyak testimoni hebat yang kita baca tentang Shaklee membantu penyusuan dan memberi tenaga dan pemulihan kepada ibu berpantang.. Susu ibu adalah makanan terbaik untuk anak kita..

Bagi ibu2 yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang suplemen Shaklee utk breastfeeding, pantang dan mengandung jangan segan2 contact saya ye :)










Thursday, August 9, 2012

Supplemen yang sesuai untuk ibu menyusu

Sekarang saya sedang menyusukan anak saya yang kedua.. Sangat gembira dan syukur sebab dapat complete 6 month fully breastfeeding dan berazam untuk teruskan hingga dua tahun. Stok bulan tiga pun masih ada lagi dalam deep freezer.. Alhamdulillah.

Sebelum ni saya ada banyak share tentang tips and petua utk bykkan susu badan. Konsep yang penting adalah Supple vs demand.. Lg kerap kosongkan breast lagi kerap susu terhasil

Pengambilan air yang cukup, rajin pam, dibantu dgn supplemen utk kekal bertenaga dan sihat, di tambah dengan doa dan azam yang kuat.. InsyaAllah boleh

Ni saya nak share info tentang supplemen yang sy makan

1)Vitalea@ Multivitamin dengan formula zat besi : sangat perlu demi memastikan tubuh badan menerima semua zat dan vitamin yang penting dan perlu dalam menjami kesejahteraan secara am.

2) B complex : lengkap dengan 8 kumpulan B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil.

3) Vitamin C : sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan.Kulit pun jadi cantik dengan vitamin c.

4) Alfalfa : raja segala tumbuhan, membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan bagi ibu-ibu yang menyusu sangat membantu.

5) Ostematrix (gabungan Kalsium,Magnesium,Vitamin D ?

Dalam susu ibu, antara kompoisis vitamin yang tinggi ialah kalsium. Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh. Bagi ibu-ibu yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu.
Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua.
Sebab itu pengambilan sumber kalsium tidak boleh dipandang ringan sama sekali. Jika perasan ada sesetengah ibu yang apabila melalui menstrual (period) susunya akan merundum…ini disebabkan kekurangan kalsium yang kritikal di saat badan mengeluarkan darah kotor yang perlu disingkirkan.

7) ESP soy protein isolate -
Komposisi vitamin utama dalam susu ibu ialah protein. Protein adalah makanan sel. Sel tak kenal nasi lemak, air soya atau tempe tetapi sel hanya perlukan protein iaitu khasiat dari makanan yang diambil. Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan. Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Selain itu protein dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.

Protein sangat sensitif. Ianya wujud pada suhu badan kita dan mudah terhapus pada suhu yang tinggi. So apabila kita memasak sumber protein seperti ikan goreng pada suhu yang tinggi, hakikatnya banyak protein yang telah musnah semasa proses memasak itu sendiri.



Vitamin ni semua tahan lama.. Berbaloi beli
180 Vitamin C —————-makan 1biji/hari —à Tahan 6bulan
120 B complex ————–makan 1biji/hari —à Tahan 4bulan
120 Vitalea/ multivitamin—makan 1biji/hari —à Tahan 4bulan
330 Alfafa —————-makan 2-10biji/hari —à Tahan 1-5 bulan
850g ESP —————- ambil 3sudu/hari —-à Tahan 1.5-2 bulan
120 osteomatrix ——makan 4biji/hari —à Tahan 1bulan

Wednesday, July 25, 2012

Ketahui nutrient penting ketika mengandung dan menyusukan anak

Mengandung, melahirkan anak dan menyusukan anak adalah saat terindah dalam diri seorang wanita. Tidak dinafikan mempunyai seorang anak bermakna lebih tanggugjawab dan kurang masa utk diri sendiri. Tapi kesihatan ibu jangan diabaikan kerana kesihatan ibu mempengaruhi pembesaran anak dalam kandungan dan juga anak yang sedang menyusu.


Ketika mengandung, ibu perlu menambah 100 kalori sehari untuk 3 bulan pertama, dan 300 kalori sehari untuk bulan berikutnya


Ketika menyusukan bayi pula ibu perlukan ekstra 500 kalori utk tenaga yang cukup


Apa nutrient penting yang ibu-ibu perlu ketika mengandung dan menyusukan bayi?

1) Karbohidrat - bijirin penuh, sayuran segar, dan buah-buahan adalah sebahagian besar dari diet ibu. Selain memberikan pelbagai vitamins dan minerals, ia turut memberikan fiber bagi mengelakkan sembelit

2) Protein - 3 atau lebih hidangan daging, ikan, telur, dan kekacang setiap hari. anda memerlukan lebih protein utk untuk pertumbuhan fizikal dan pembinaan sel bayi anda. Ia juga diperlukan oleh plasenta, tisu-tisu amnion, tisu-tisu keibuan dan penghasilan susu ibu. Jelasnya, kehamilan dan penyusuan susu ibu memerlukan kehadiran protein. Jadi amatlah disyorkan untuk menambah sumber protein sihat di dalam diet harian anda.

3) Lemak - Omega 3 fatty acid memainkan peranan penting dalam perkembangan otak dan mata bayi dalam kandungan.

4) Zat besi (iron) - sangat penting kerana kekurangan darah merah sangat sering berlaku ketika mengandung kerana keperluan yang tinggi. Makanan yang tinggi zat besi seperti daging merah, ayam, ikan, kerang, dan sayuran hijau.

5) Folate - sangat penting utk pembentukan otak dan saraf tunjang. Pengambilan folate yang mencukupi bukan hanya penting bagi memastikan pembentukan otak dan saraf tunjang fetus yang sempurna, bahkan ia turut membantu dalam mencegah kecacatan semasa kelahiran seperti bifida spina. Pengambilan asid folik yang optimum perlu diambil secara berterusan di sepanjang tempoh kehamilan dan juga dalam setiap diet wanita yang masih subur.

6) Kalsium - kalsium diperlukan utk tulang dan gigi yang kuat. Jika pengambilan kalsium berkurangan, kalsium dari ibu akan digunakan untuk pembentukan tulang bayi. Kalsium juga membantu untuk menghalang kekejangan otot yang dialami dalam tempoh kehamilan dan kontraksi yang berlaku disaat melahirkan. Pengambilan kalsium yang teratur boleh diperolehi melalui pengambilan produk tenusu dan sayur-sayuran hijau seperti kubis atau dengan mengambil kalsium tambahan.

Pengambilan supplemen boleh membantu ibu-ibu mendapat zat yang lengkap ketika mengandung dan menyusukan untuk memelihara kesihatan ibu dan bayi.

Berikut adalah cadangan vitamin Shaklee untuk nutrisi kehamilan dan penyusuan susu ibu yang sihat


ESPrendah lemak, bukan GMO dan protein biologi lengkap yang mengandungi kesemua sembilan asid amino penting.
Hot.. Popular.. Marvellous..
Ostematrix - Lengkap serta suplemen kalsium yang terbukti secara saintifik mempunyai penyerapan yang lebih baik dan tablet yang mudah ditelan.


B Complex - Memberikan kesemua khasiat 8 vitamin B dengan sistem penyerapan bioaktif yang membantu penyerapan dan bioketersediaan asid folik.

Omega Guard - Menawarkan spektrum penuh asid lemak omega-3 bergred tinggi yang selamat di makan. Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan.[sumber Shaklee Today]

credit: mamafaiz.com

Hubungi saya di 0193134842 atau email norliyanamazli@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan atau konsultasi


 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Petua banyakkan susu badan


Ibu-ibu yang menyusukan bayi sering tercari-cari bagaimana cara nak banyakkan susu badan.. yang paling penting konsep "supply and demand" tu ibu2 kene pahamkan..
Kat bawah ni saya akan share tiga perkara yang paling penting yang ibu2 kene check balik utk mendapatkan hasil yang memuaskan..

 1) Tambah masa dan kekerapan -                                                                                        
 Secara asasnya pengeluaran susu ibu adalah mengikut konsep supply & demand. Lebih kerap menyusukan, lebih banyak susu yang dihasilkan. Cuba pam setiap kali selepas menyusukan bayi atau ketika anda menyusukan, pam sebelah lagi. Hormon prolaktin banyak dihasilkan pada waktu pagi, oleh itu luangkan sedikit masa untuk mengepam sebaik bangun dari tidur. Luangkan masa untuk menyusukan bayi sekerap yang mungkin ketika bersama mereka. Keberkesanan biasanya boleh dilihat selepas sekurang-kurangnya tujuh hari. Ada juga yang lebih sehingga 2 minggu.                       

Menurut Pakar Laktasi Farah (Sarakids Owner), memerah pada masa yang tetap juga mempengaruhi pengeluaran. so kat tempat kerja tu sesibuk mana pun kita cuba cari masa utk perah at least 3 jam sekali dan masa yg tetap untuk memerah setiap hari. Sediakan satu jadual memerah yang tetap dan tuliskan jumlah hasil yang diperolehi setiap kali. Oleh itu, anda akan dapat melihat sendiri perubahan pada hasil perahan setiap kali memerah. Lagi banyak lagi bermotivasi.

 

2) Minum air yang mencukupi - Air yang dimaksudkan adalah air kosong/masak semata-mata tidak termasuk teh,kopi,sirap dan air barli. minum at least 2-3 liter sehari



3) Pemakanan seimbang - makanan utama (sarapan, tengahari dan malam) adalah sangat penting supaya ibu mendapat zat yang secukupnya.. dengan meyusu badan kita akan membekar extra 500 calorie.. jadi jgn risau utk makan.. yang penting makan secara berkhasiat mengikut piramid makanan.. kalau kita makan mengikut keperluan badan dan tidak berlebihan, badan boleh jadi langsing dengan menyusukan anak.


 
    4) Supplement
    Pengambilan supplement adalah sangat-sangat penting. Saya tekankan sekali sangat penting. Mengapa? Kerana ianya banyak membantu agar tubuh menjalankan sistemnya dengan baik. Pengambilan supplement banyak membantu agar metabolisme badan seimbang ... sebagai contoh pengambilan b complex membantu sistem tubuh berada di dalam keadaan tenang dan rehat. Susu ibu akan lebih mudah terhasil dengan keadaan si ibu gembira dan tenang berbanding runsing dan keletihan.  

    B Complex juga berfungsi sebagai pemecah gula dalam sistem tubuh maka ianya sangat penting bagi memastikan seseorang tidak gemuk atau mudah menghidap penyakit seperti kencing manis.

    Pengambilan Omega sangat membantu agar lemak yang diambil dari pemakanan seharian tidak mendatangkan kemudaratan. Ianya membantu memecahkan lemak di dalam tubuh si ibu dan secara langsung akan meningkatkan kadar DHA dalam susuibu. 



    Selain itu contoh lain yang boleh saya beri ialah pengambilan alfalfa sebagai peransang kepada tubuh untuk menghasilkan susu dan ternyata ianya sangat berkesan! Sebenarnya banyak lagi kebaikan vitamin namun saya akan mudah terangkan bagi mereka yang memerlukan khidmat consultation secara intensif.

    Maka, pastikan anda mengikuti tips-tips di atas untuk mendapatkan hasil memuaskan..
    dan bagi muslim jangan lupa sentiasa berdoa..



    Hubungi saya di 0193134842 atau email norliyanamazli@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan atau konsultasi * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...