Ketika mengandung, ibu perlu menambah 100 kalori sehari untuk 3 bulan pertama, dan 300 kalori sehari untuk bulan berikutnya
Ketika menyusukan bayi pula ibu perlukan ekstra 500 kalori utk tenaga yang cukup
Apa nutrient penting yang ibu-ibu perlu ketika mengandung dan menyusukan bayi?
1) Karbohidrat - bijirin penuh, sayuran segar, dan buah-buahan adalah sebahagian besar dari diet ibu. Selain memberikan pelbagai vitamins dan minerals, ia turut memberikan fiber bagi mengelakkan sembelit
2) Protein - 3 atau lebih hidangan daging, ikan, telur, dan kekacang setiap hari. anda memerlukan lebih protein utk untuk pertumbuhan fizikal dan pembinaan sel bayi anda. Ia juga diperlukan oleh plasenta, tisu-tisu amnion, tisu-tisu keibuan dan penghasilan susu ibu. Jelasnya, kehamilan dan penyusuan susu ibu memerlukan kehadiran protein. Jadi amatlah disyorkan untuk menambah sumber protein sihat di dalam diet harian anda.
3) Lemak - Omega 3 fatty acid memainkan peranan penting dalam perkembangan otak dan mata bayi dalam kandungan.
4) Zat besi (iron) - sangat penting kerana kekurangan darah merah sangat sering berlaku ketika mengandung kerana keperluan yang tinggi. Makanan yang tinggi zat besi seperti daging merah, ayam, ikan, kerang, dan sayuran hijau.
5) Folate - sangat penting utk pembentukan otak dan saraf tunjang. Pengambilan folate yang mencukupi bukan hanya penting bagi memastikan pembentukan otak dan saraf tunjang fetus yang sempurna, bahkan ia turut membantu dalam mencegah kecacatan semasa kelahiran seperti bifida spina. Pengambilan asid folik yang optimum perlu diambil secara berterusan di sepanjang tempoh kehamilan dan juga dalam setiap diet wanita yang masih subur.
6) Kalsium - kalsium diperlukan utk tulang dan gigi yang kuat. Jika pengambilan kalsium berkurangan, kalsium dari ibu akan digunakan untuk pembentukan tulang bayi. Kalsium juga membantu untuk menghalang kekejangan otot yang dialami dalam tempoh kehamilan dan kontraksi yang berlaku disaat melahirkan. Pengambilan kalsium yang teratur boleh diperolehi melalui pengambilan produk tenusu dan sayur-sayuran hijau seperti kubis atau dengan mengambil kalsium tambahan.
Pengambilan supplemen boleh membantu ibu-ibu mendapat zat yang lengkap ketika mengandung dan menyusukan untuk memelihara kesihatan ibu dan bayi.
Berikut adalah cadangan vitamin Shaklee untuk nutrisi kehamilan dan penyusuan susu ibu yang sihat
ESP - rendah lemak, bukan GMO dan protein biologi lengkap yang mengandungi kesemua sembilan asid amino penting.
Ostematrix - Lengkap serta suplemen kalsium yang terbukti secara saintifik mempunyai penyerapan yang lebih baik dan tablet yang mudah ditelan.
B Complex - Memberikan kesemua khasiat 8 vitamin B dengan sistem penyerapan bioaktif yang membantu penyerapan dan bioketersediaan asid folik.
Omega Guard - Menawarkan spektrum penuh asid lemak omega-3 bergred tinggi yang selamat di makan. Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan.[sumber Shaklee Today]
credit: mamafaiz.com
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
No comments:
Post a Comment