Saturday, February 11, 2012

Membawa susu perahan dari kampung...

kali ni saya akan tulis pasal cara nak bwk ebm dr kampung. ye la, kita berpantang kat umah mak tapi nk buat stok susu, so camne nk bwk balik ke rumah klau 4-5 jam perjalanan, tk cair ke..
masa 1st baby sy tk buat stok ebm dlm pantang sbb pikir mcm mana nk bwk balik ke rumah.. kenapa lah masa tu tak cari kat internet.. last2 dua minggu je masa nk buat stok, tk byk dpt.. terpaksa campur susu :( so ibu2 jgn jd mcm sy ye..

ni sy ambil dr blog ni http://www.diyaluna.com/diary/2011/07/11/membawa-susu-perahan-dari-kampung/
______________________________________________________________________
Susu ini dari Kuala Kangsar ke Kuala Lumpur (jangka masa sebenar hanya 3 jam setengah)
Jangka masa tidak benar (maksudnya sampai pukul berapa di rumah) dihujung entri ya!
Semasa di kampung, saya minta encik suami carikan bekas polistrin isi ikan
Biasanya nampak di Tesco tapi mesti ada juga dijual di kedai runcit berhampiran kan
Bersaiz sederhana dengan harga jualan RM8.90 sahaja


Oh abang, singgah kedai jangan lupa beli ais seplastik ya!
Cara cara membawa susu perahan pulang ke gagang ialah
1. Masukkan separuh plastik air batu ke dalam bekas polistrin


2. Keluarkan susu dari freezer dan belek belek botol susu tengok berapa oz dapat
(Hihi..step ini tak perlu pun sebenarnya)


3. Susun botol yang berisi susu yang sudah dibekukan di atas ais


4. Lapiskan dengan ais batu sekali lagi
Tips tips lain :
- Uruskan perkara susu susu ini sebagai yang TERAKHIR sebelum masuk ke kereta
- Buat perjalanan malam (dari kampung ke rumah sendiri)
- Tak perlu singgah singgah
- Letak bekas susu dalam kereta, bukan dalam boot kereta

Daripada Kuala Kangsar, kami singgah ke Lunatots Giant Kota Damansara
Borak itu ini (susah hati nak kenduri akikah anak perempuan kami..hihi)
Tak singgah kedai buku berdekatan kerana cadangnya nak beli novel Stanza Cinta di Popular
Tapi rupanya tiada juga di Popular..iskk..

Bertolak pukul 1 pm dan kami sampai di Cheras pada jam 7 pm
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 6 jam
Ini saiz sebenar bekas polistrin, tak besar dan tak kecil
Tapi berat mampoihh (keh keh…penuh ais batu)

Semuanya melekat lekat antara satu sama lain
Siap ketuk ketuk pakai apa yang ada nak meleraikan sesama mereka

Hah, melekat sampai begini!

Alhamdulillah semuanya masih beku dan boleh dimasukkan ke dalam freezer dirumah sendiri
Jika masih ada kristal ais, susu ini masih boleh dibekukan semula
Jika sudah cair semuanya, perlu digunakan dalam tempoh 24 jam ya!

Selamat membawa susu perahan dari kampung ke rumah anda ya!
Dan ais batu ini, erm..masih elok jika mahu diguna semula
Tapi saya kan masih berpantang (nampak)…
Puan Suraya,6 Julai 2011 hari ke 21 Alya
 ________________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...