Thursday, February 23, 2012

kenapa kita perlukan supplemen?

Ade orang tanya saya.. kenapa perlu vitamin ni? kan dah makan makanan berkhasiat hari2 dan cukup lah zat..

Kenapa perlu sihat? sebab sihat merupakan tenaga, kecergasan, dan kesejahteraan. Anda hanya akan sedar kehadirannya bila anda merasai dan melihatnya..org yg sihat sentiasa bertenaga dan kelihatan hebat.. so sihat tu penting.. kita kene menghargai sihat sebelum sakit, dgn sihat kita akan lebih mudah beribadat dan melakukan aktiviti harian kita..

so, kenapa perlu vitamin..

1) Mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
Kita kata kita dah makan cukup, tapi yang kita makan tu adakah mengikut piramid makanan yang betul, atau lebih gula, lebih lemak, byk makanan segera.. tambah lagi dengan merokok, stress dan tidak bersenam.. ini semua menyebabkan badan jadi lemah.. rasa tak sihat dan byk penyakit berbahaya yang akan menyerang kita..


2) Kebanyakan rakyat Malaysia makan mengikut selera rasa
Malaysia kaya dengan pelbagai jenis makanan yang lazat.. jalan2 cari makan gitu.. so kebanyakan kita makan ikut selera rasa tanpa fikir dan kawal apa yang kita makan..

3) Gangguan penyerapan nutrisi dari makanan
contohnya, zat besi akan kurang diserap kalau kita byk mengambil caffein macam coffee.. atau kurang pengambilan vitamin c yang membantu serapan zat besi.. ini penting terutama untuk mereka yang kurang darah merah (haemoglobin/hb)


4) Kehilangan nutrien dalam makanan
Tahukah anda pemprosesan makanan boleh membawa kesan yang serius kepada
nilai zat makanan yang anda pilihkan untuktiga sarapan seimbang setiap hari? Setiap
kali makanan disediakan, kehilangan nutrien berlaku. Umpamanya:

SEBAB                                                  KEHILANGAN NILAI MAKANAN
Tuaian awal                                                         sehingga 25%+
Pengangkutan                                                    sehingga 25%+
Penyimpan                                                          sehingga 50%+
Masakan                                                             sehingga 50%+
Pembekuan                                                         sehingga 83%+
Pemprosesan melampau                                    sehingga 100%+
Penghalusan                                                         sehingga 100%+
Pempasteuran                                                      sehingga 50%+

sumber: Bruce Miller

5) Pencemaran
kita sering terdedah dengan pencemaran alam sekitar. buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin terjejas atau tercemar

6) Badan kita memerlukan dos yang lebih tinggi bagi sesetengah nutrien
contohnya ketika mengandung atau menyusu kita perlu lebih kalsium untuk pembentukan tulang bayi.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...