Saturday, March 3, 2012

KEBAIKAN SUSU IBU KEPADA BAYI SEHINGGA UMUR SETAHUN


KEBAIKAN SUSU IBU KEPADA BAYI SEHINGGA UMUR SETAHUN 



Anda tahu tak kenapa dalam Polisi Penyusuan Ibu Kebangsaan ibu2 kene susukan bayi secara eksklusif utk enam bulan pertama? Polisi ini menyatakan...
"Semua ibu digalakkan menyusukan anaknya dengan susu ibu SAHAJA selama  6 bulan dan meneruskannya sehingga anaknya berumur 2 tahun. Makanan tambahan perlu dimulakan semasa anak berumur 6 bulan.
 Apakah kebaikan susu ibu utk bayi dari lahir hingga setahun..

Susu ibu mengandungi kombinasi nutrient yang unik utk kesihatan anak dan tak boleh di ciplak dgn mana2 formula di makmal. ia memberikan kesihatan yang optimum kepada kanak2 dari bayi sehingga besar.. lagi lama si ibu menyusukan bayinya, lebih lama si bayi mendapat perlindungan dengan susu ibu..

Banyak kajian menunjukkan susu ibu dapat meningkatkan immuniti kanak2 terhadap penyakit dan jangkitan kuman, jadi anak kurang sakit


Semasa menyusu, ibu memberi antibodi kepada bayi yang membantu bayi melawan penyakit dan meningkatkan keupayaan immune respon bayi terhadap sesetengah vaccine.

Bayi yang diberi susu ibu jarang terkena penyakit paru2 dan pada saluran pernafasan berbanding bayi yang diberi sus formula

Penyakit cirit birit adalah 3-4 kali ganda lebih kerap berlaku pada bayi yang diberi susu formula berbanding susu ibu

Susu ibu telah terbukti dapat menurunkan kadar jangkitan telinga dan dpt mengelakkan jangkitan telinga berulang

Susu ibu dapat memberi perlindungan terhadap allergy. Eczema jarang berlaku pada bayi yang menyusu badan.

Antara kebaikan lain, ibu dapat berjimat dan senang kerana susu ibu tidak memerlukan belanja dan tidak memerlukan penyediaan..

Yang paling penting hubungan anak dan ibu akan menjadi lebih erat..

Ibu-ibu semua, marilah kita berazam utk fully breastfeed anak kita hingga 6 bulan dan meneruskan hingga dua tahun.. moga semua usaha kita utk memberikan anak makanan yang terbaik di dunia di permudahkan..


 

1 comment:

  1. I really enjoy simply reading all of your weblogs. Simply wanted to inform you that you have people like me who appreciate your work. Definitely a great post. Hats off to you! The information that you have provided is very helpful.
    baby wraps and carriers

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...