Friday, February 3, 2012

Hari ke lima berpantang dgn Shaklee.. badan rasa bertenaga, susu pun alhamdulillah meriah..

Saya mula mengenali Shaklee sejak mengandung lapan bulan anak saya yg kedua.. sejak itu saya dah mula amalkan Shaklee, saya makan 5 vitamin
  • Multivitamin Vita Lea
  • Vita C
  • B complex
  • OsteMatrix
  • Omega


Masa tu saya rasa beza sgt bila makan Shaklee dgn haematinics yg sebelum ni sy makan.. saya jadi lebih bertenaga dan kurang sakit pinggang dan cramp kaki..
http://www.naturehealthshop.blogspot.com/search/label/Testimoni

Hari ni dah hari ke lima berpantang.. alhamdulillah saya dah selamat melahirkan anak kedua, lelaki, berat 3.45kg.. ni gambar anak sy..

Mula- mula saya start sakit hari isnin 30 jan pukul 8 pagi.. sampai kat labour room, cek jantung baby (ctg) nampak tak cantik, ade deep decelaration (Type 1) heart rate drop sampai 80bpm.. saya risau sgt, takut kene czer and takut baby ade problem.. then bila start air, start pitocin (ubat utk kuatkan contraction) alhamdulillah jantung baby dah ok.. tapi sakit kene induce ni Allah saje yang tau.. 6 jam dlm kesakitan anak sy lahir jam 2.16pm.. saya masih ade tenaga utk push walaupun dh sakit lama dan lepas deliver tu tak flat mcm anak first dulu..
Bila dah anak kedua ni berpantang tu lagi byk benda nak buat.. mak cuma tolong sket2 je tapi kita kena jaga baby lebih dan anak pertama pun at the same time nak perhatian kita.. then kita kene jaga diri juga, jaga jahitan dan semua ni mmg memenatkan.. tapi alhamdulillah sy rasa bertenaga.. siang tu ok lagi walaupun anak sy semlm tak mau tido :)

Lagi satu saya gembira sgt sbb susu saya alhamdulillah byk, mula2 kat hospital dah kuar tp tak byk.. sy teruskan makan vitamin Shaklee yg sy makan masa mengandung plus dengan zinc utk cepat baik luka dan kurang gugur rambut lepas bersalin.. lepas berurut masa hari ketiga laju dah susu keluar dan cepat bengkak kalau lambat susukan anak..

Ni hasil satu sesi perahan yg meningkat dari hari ke hari
Hari ketiga.. 2 oz

Hari keempat 3 oz lebih

Hari kelima 5 oz

Ni rezeki yang Allah bagi utk anak saya.. yg penting kita kene berusaha.. jaga kesihatan dgn vitamin, minum air banyak 2-3L sehari, pam secara regular dan doa..
Ni vitamin yang saya makan sekarang,


lepas ni sy plan nak amik alfalfa dan Energizing Soy Protein lak (ESP)..


Saya mahu berkongsi keberkesanan Shaklee dgn anda para wanita, ibu-ibu sekalian..
Berminat utk dapatkan Shaklee hubungi saya di 0193134842/ norliyanamazli@yahoo.com/ facebook (Norliyana Mazli)








Minuman Vivix lambatkan proses penuaan (Majalah Aniqah)

dipetik dari Majalah Aniqah *gbr ihsan dari vitaminsemulajadi.com:
shaklee vivix
Apakah sebenarnya Vivix ini?

-Memperbaiki DNA. Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.
-Memperbaiki tenaga sel. Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini a
kan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.
-Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi. Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.

Berminat dgn Vivix.. hubungi saya di 0193134842/ norliyanamazli@yahoo.com utk sebarang pertanyaan
credit: cery mama faiz

Saturday, January 28, 2012

Vitamin untuk kulit cantik....

Sebelum ni saya pernah cerita tentang khasiat vitamin E utk mendapatkan kulit yang cantik.. kali ni sy nk kongsi dua lagi vitamin, vitamin C dan B-complex..

Apakah khasiat vitamin C..

  • Vitamin C membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Perkataan kolagen itu sendiri berasal dari Yunani yang bererti lekat atau bersifat sebagai pelekat.Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.
  • Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah mereka yang menghidap darah tinggi amat digalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat.
 "Moderately higher blood levels of vitamin C measured in healthy persons have been found to be prospectively correlated with decreased risk of cardiovascular disease and ischaemic heart disease, and an increase life expectancy." (Wikipedia encyclopedia)
  • Detoksifikasi. Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk.
  • Vitamin C juga berperanan dalam pengeluaran hormone antistress dan interferon (hormone fungsi imun). Mengikut doctor Bruce Miller, the more you stress the more you need vitamin C. Kita tahu bahawa stress boleh memusnahkan vitamin C dan oleh kerana kekurangan vitamin C sistem keimunan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.
  • Penyakit skurvi adalah akibat kekurangan vitamin C. Sesiapa yang mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan vitamin C. 
  • Mereka yang sedang sakit adalah disarankan mengambil vitamin C pada dos yang lebih tinggi bagi mempercepatkan proses penyembuhan,
  • Kita digalakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran lima kali sehari. Namun kekangan masa dan tekanan kehidupan masa kini menyebabkan vitamin C tidak dapat diserap oleh badan secara optimum dan lebih banyak keluar melalui air kencing. Menurut Dr Bruce Miller, dos yang dicadangkan ialah 500mg sehari iaitu bersamaan 7 setengah biji Oren.
Dan ini dia Vitamin C kegemaran dan pilihan saya..
 
Shaklee Sustained Release Vita- C 500mg
Apa yang membezakan Vitamin C jenama Shaklee dgn yang lain2?.....

Shaklee Sustained Release Vita-C™ 500mg berupaya memberikan perlindungan berkekalan, jam demi jam dengan menggunakan sistem perlepasan berkekalannya. Vitamin C merupakan bahan antioksida yang berkeupayaan tinggi yang juga turut dikenali sebagai nutrisi yang berupaya melakukan semua perkara. Sustained Release Vita-C mengandungi:
  • Kandungan Vitamin C yang tinggi.
  • Sistem perlepasan berkekalan dalam menyalurkan Vitamin C yang menyamai kandungan satu setengah biji buah oren untuk setiap jam selama lima jam.
  • Formulasi yang membantu mengekalkan pertahanan antioksida secara semulajadi, kekuatan sel, kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah *

 
 
B complex
Shaklee B complex mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B yang diperlukan oleh tubuh..

Vitamin B penting untuk keseluruhan fungsi tubuh yang baik sama ada daripada segi, kesihatan jantung, sintesis DNA, menguruskan tekanan, membina tenaga metabolism dan kesihatan kulit..


The B vitamins may be necessary to:
(wikipedia encyclopedia)

Vitamin E
ni pula kebaikan vitamin E

 Vitamin E membuatkan si pengamal nampak muda kerana vitamin E melambatkan proses penuaan. Pengambilan vitamin E yang konsisten sangat membantu dalam mendapatkan tekstur kulit yang cantik. Ianya juga membantu menghilangkan parut dan jeragat.Membantu wajah nampak lebih berseri dan tidak kusam.

2. Vitamin E mencegah segala pertumbuhan abnormal sel terutama kanser. Pengalaman ibu sendiri bila mengalami bengkak susu yang ketara, ibu akan mengambil dua biji vitamin E namun ianya bukanlah diamalkan secara berterusan cuma pada saat melalui saat bengkak susu atau clog duct.

Seorang teman sebelum ini mengalami masalah dimana tempat kemaluannya didapati mempunyai benjolan seperti bengkak ketumbuhan, beliau mengamalkan dua biji vitamin E selama 7 hari dan alhamdulillah ketumbuhan itu mengecut dengan sendirinya. Ini kerana Vitamin E membantu mengecutkan pertumbuhan abnormal sel dan melancarkan saraf terutama bagi ibu yang menyusu dan dapat mengelakkan bengkak susu yang berlarutan.

3. Vitamin E sangat membantu dalam aspek kesuburan. Bagi ibu yang menyusu, kedinginan adalah masalah biasa yang bakal dilalui disebabkan hormon prolaktin yang lebih tinggi dari hormon estrogen. Walau bagaimanapun melalui pengalaman ibu, pengambilan vitamin membantu mengatasi masalah kedinginan.

4. Vitamin E membantu pengaliran darah dengan lebih lancar. Membantu mengatasi masalah saraf belakang terutama mereka yang sering mengadu masalah sakit bahagian belakang badan.

5. Vitamin E membantu mempercepat proses baik luka. Sangat membantu apabila si ibu yang menyusu mengalami luka di bahagian nipple. Rata2 ibu yang menyusu akan melalui saat sukar apabila puting susunya melecet ataupun luka. Pengambilan yang konsisten sangat membantu si ibu recover dari kesakitan yang dilalui.

6. Bagi wanita yang pernah melahirkan anak, perasankah anda kawasan erola iaitu kawasan bahagian puting susu menjadi besar dan gelap. Semakin banyak kelahiran akan membuatkan ianya semakin gelap. Ibu membuat kesimpulan bahawa ianya merupakan pigmentation after kelahiran. Namun dengan pengambilan vitamin E yang konsisten membantu kawasan gelap itu mengecil dan warna puting menjadi cerah semula.

7. Bagi yang mempunyai masalah pre-menstrual yang teruk, vitamin E membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual.


Anda yang inginkan kulit cantik bolehla mencuba set D (vitamin E, vitamin C dan B-complex).. ade special promotion tau..

Berminat?? hubungi saya email norliyanamazli@yahoo.com, 0193134842, atau facebook (Norliyana Mazli) utk sebarang pertanyaan









LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...