Showing posts with label Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts

Thursday, February 7, 2013

Shaklee menyokong breastfeeding, supplemen lengkap utk para ibu

Shaklee menyokong penuh ibu menyusu dan menyediakan supplemen lengkap utk ibu menyusu, mengandung dan berpantang bagi memenuhi keperluan nutrien mereka..

Dah banyak testimoni hebat yang kita baca tentang Shaklee membantu penyusuan dan memberi tenaga dan pemulihan kepada ibu berpantang.. Susu ibu adalah makanan terbaik untuk anak kita..

Bagi ibu2 yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang suplemen Shaklee utk breastfeeding, pantang dan mengandung jangan segan2 contact saya ye :)










Wednesday, July 25, 2012

Ketahui nutrient penting ketika mengandung dan menyusukan anak

Mengandung, melahirkan anak dan menyusukan anak adalah saat terindah dalam diri seorang wanita. Tidak dinafikan mempunyai seorang anak bermakna lebih tanggugjawab dan kurang masa utk diri sendiri. Tapi kesihatan ibu jangan diabaikan kerana kesihatan ibu mempengaruhi pembesaran anak dalam kandungan dan juga anak yang sedang menyusu.


Ketika mengandung, ibu perlu menambah 100 kalori sehari untuk 3 bulan pertama, dan 300 kalori sehari untuk bulan berikutnya


Ketika menyusukan bayi pula ibu perlukan ekstra 500 kalori utk tenaga yang cukup


Apa nutrient penting yang ibu-ibu perlu ketika mengandung dan menyusukan bayi?

1) Karbohidrat - bijirin penuh, sayuran segar, dan buah-buahan adalah sebahagian besar dari diet ibu. Selain memberikan pelbagai vitamins dan minerals, ia turut memberikan fiber bagi mengelakkan sembelit

2) Protein - 3 atau lebih hidangan daging, ikan, telur, dan kekacang setiap hari. anda memerlukan lebih protein utk untuk pertumbuhan fizikal dan pembinaan sel bayi anda. Ia juga diperlukan oleh plasenta, tisu-tisu amnion, tisu-tisu keibuan dan penghasilan susu ibu. Jelasnya, kehamilan dan penyusuan susu ibu memerlukan kehadiran protein. Jadi amatlah disyorkan untuk menambah sumber protein sihat di dalam diet harian anda.

3) Lemak - Omega 3 fatty acid memainkan peranan penting dalam perkembangan otak dan mata bayi dalam kandungan.

4) Zat besi (iron) - sangat penting kerana kekurangan darah merah sangat sering berlaku ketika mengandung kerana keperluan yang tinggi. Makanan yang tinggi zat besi seperti daging merah, ayam, ikan, kerang, dan sayuran hijau.

5) Folate - sangat penting utk pembentukan otak dan saraf tunjang. Pengambilan folate yang mencukupi bukan hanya penting bagi memastikan pembentukan otak dan saraf tunjang fetus yang sempurna, bahkan ia turut membantu dalam mencegah kecacatan semasa kelahiran seperti bifida spina. Pengambilan asid folik yang optimum perlu diambil secara berterusan di sepanjang tempoh kehamilan dan juga dalam setiap diet wanita yang masih subur.

6) Kalsium - kalsium diperlukan utk tulang dan gigi yang kuat. Jika pengambilan kalsium berkurangan, kalsium dari ibu akan digunakan untuk pembentukan tulang bayi. Kalsium juga membantu untuk menghalang kekejangan otot yang dialami dalam tempoh kehamilan dan kontraksi yang berlaku disaat melahirkan. Pengambilan kalsium yang teratur boleh diperolehi melalui pengambilan produk tenusu dan sayur-sayuran hijau seperti kubis atau dengan mengambil kalsium tambahan.

Pengambilan supplemen boleh membantu ibu-ibu mendapat zat yang lengkap ketika mengandung dan menyusukan untuk memelihara kesihatan ibu dan bayi.

Berikut adalah cadangan vitamin Shaklee untuk nutrisi kehamilan dan penyusuan susu ibu yang sihat


ESPrendah lemak, bukan GMO dan protein biologi lengkap yang mengandungi kesemua sembilan asid amino penting.
Hot.. Popular.. Marvellous..
Ostematrix - Lengkap serta suplemen kalsium yang terbukti secara saintifik mempunyai penyerapan yang lebih baik dan tablet yang mudah ditelan.


B Complex - Memberikan kesemua khasiat 8 vitamin B dengan sistem penyerapan bioaktif yang membantu penyerapan dan bioketersediaan asid folik.

Omega Guard - Menawarkan spektrum penuh asid lemak omega-3 bergred tinggi yang selamat di makan. Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan.[sumber Shaklee Today]

credit: mamafaiz.com

Hubungi saya di 0193134842 atau email norliyanamazli@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan atau konsultasi


 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Monday, March 5, 2012

Tangan kebas dan sakit ketika mengandung... mungkin "carpal tunnel syndrome"

Ibu mengandung kerap mengalami kebas dan sakit di tangan, tanda2 ini mungkin disebabkan oleh  "carpal tunnel syndrome". Syndrome ini selalu dikaitkan dgn mereka yang pekerjaannya byk menggunakan tgn seperti kerani yang menaip tetapi kerap juga berlaku pada ibu mengandung

Simptom2 termasuk kebas, rasa mencucuk2, pedih, sakit di jari, tangan, pergelangan tangan dan lebih teruk hingga boleh menyebabkan tgn lemah, tak mampu nak pegang brg atau brg terlepas dr tgn..

Kebiasaannya kedua2 belah tgn akan mengalami simptom ini dan boleh terjadi pada bila2 masa sepanjang kehamilan tetapi selalunya bermula atau semakin teruk pada separuh kedua kehamilan kerana pada masa itu ibu hamil banyak menampung air dalam badan.

Apa kaitan air banyak dan carpal tunnel syndrome?

 

Carpal tunnel adalah seperti terowong di pergelangan tangan yang terdiri dari carpal bones dan ligament. Air yang berlebih dalam badan ketika mengandung menyebabkan tekanan meningkat dalam ruang yang sempit dan menyebabkan median nerve di tekan.

Median nerve memberi deria rasa kepada ibu jari, jari telunjuk, jari tengah dan separuh jari manis dan membolehkan pergerakan otot di ibu jari.. apabila nerve ini ditekan maka terjadilah simptom2 yang dinyatakan di atas.

Apa yang boleh dibuat untuk mengurangkan sakit?

-Kurangkan pergerakan tangan yang berulang kali atau mengangkat brg berat.

-Jika bekerja dengan computer, pastikan pergelangan tgn tidak bengkok ketika menaip dan gunakan keyboard yang ergonomic. rehat sekali sekala dan buat stretching

-Waktu malam pula, boleh letak tangan di atas bantal dan jgn tidur di atas tgn. Anda juga boleh menggunakan night splint supaya pergelangan tgn tegak dan dpt mengurangkan sakit.



Ibu-ibu yang mengalami simptom di atas jangan risau kerana selalunya ia akan hilang selepas bersalin. Jika simptom berterusan sehingga lepas bersalin, sila dapatkan nasihat pakar orthopaedic.


read more :
http://www.babycenter.com/0_carpal-tunnel-syndrome-during-pregnancy_234.bc?page=2

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...