Wednesday, July 25, 2012

Kelebihan vitamin E


Vitamin E mempunyai banyak kelebihan dan manfaat, antaranya:

1) Melindungi jantung - pengambilan harian 800IU untuk jantung sihat, meningkatkan kolesterol HDL, mengurangkan tekanan darah, menghalang platelet melekat ke dinding arteri
2) Vitamin E membuatkan si pengamal nampak muda kerana vitamin E melambatkan proses penuaan 
3) Antioksidan yang kuat -pengambilan lebih dari 1200IU sehari berkesan melawan kanser, mengukuhkan sistem imun, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumour, dan mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas
4) Mempertingkatkan kemampuan reproduktif (kesuburan) - mampu meningkatkan kiraan sperma
5) Memperbaiki arthritis
6) Memperbaiki parut
lagi.. vitamin E ni vitamin cinta, untuk hubungan suami isteri.. klik sini utk tau lebih lanjut

Sumber Vitamin E dari makanan


Perbezaan vitamin E Shaklee


Satu kapsul vitamin E mengandungi 400IU bersamaan dengan
- 1kg benih gandum
- 500ml minyak sunflower
- 8kg bayam
- 500mg badam

Diperbuat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan vitamin E. mengandungi 10mg selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E, memelihara membran sel-sel, sel darah merah dan tisu otot. Ianya juga adalah penyahtoksik semulajadi logam berat seperti merkuri, kadmium. Mengukuhkan antioksidan dan melindungi retina

Untuk kesan yang lebih baik Vitamin E ni sgt elok kalau diambil bersama
GLA
- B complex and vitamin c
Energizing soy protein

Hubungi saya di 0193134842 atau email norliyanamazli@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan atau konsultasi * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Hubungi saya di 0193134842 atau email norliyanamazli@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan atau konsultasi * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Tuesday, July 24, 2012

Tips berpuasa untuk ibu menyusu

Alhamdulillah.. cepat je masa berlalu, baru teringat Ramadhan lepas sy tengah mengandung 4 bln anak sy yg kedua, sekrng anak sy dah enam bulan dan kita sudah berada di bulan Ramadhan, bulan yg penuh keberkatan..
Ibu menyusu pasti risau takut tak larat, takut susu drop bile berpuasa..tapi benarkah puasa boleh membuatkan pengeluaran susu berkurang?

Jawapannya TIDAK SAMA SEKALI tapi anda perlu memastikan tips-tips berikut dilakukan secara berterusan atau istiqamah.


1) AIR - pastikan minum air 1-2 liter lepas berbuka sampai sahur



2) SAHUR - sahur ni sangat penting utk membantu bertenaga sepanjang hari, boleh ambil nasi berlauk, kurma dan air manis.

3) PAM - teruskan pam secara konsisten di pejabat 3 jam sekali untuk elakkan hormon prolaktin menurun

4) BERBUKA Amalkan berbuka dengan makanan yang seimbang, lengkap dengan sayur dan buah. Ibu perlukan makanan yang membantu membekalkan tenaga.

5) DOA- Banyakkan berdoa dan solat sunat sepanjang berpuasa , semoga rezeki anak kita sentiasa melimpah dan dirahmatiNya. Sesungguhnya rezeki ini datang dari ALLAH jua.


Rukhsah ibu mengandung dan menyusu

Di antara rahmat Allah yang agung kepada hamba-hamba-Nya yang lemah, Allah memberi rukhshah kepada mereka untuk berbuka, dan di antara mereka adalah wanita yang hamil dan menyusukan anak.



Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu (iaitu al-Ka’bi, bukan Anas bin Malik al-Anshari, pembantu Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam, tapi ini adalah seorang pemuda dari Bani Abdillah bin Ka’ab, dan dia pernah tinggal di Bashrah, beliau hanya meriwayatkan hadis ini sahaja dari Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam): “Kuda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam mendatangi kami, aku pun mendatangi Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam, dan aku temui dia sedang makan. Beliau bersabda: “Mendekatlah ke sini dan makanlah”, Aku berkata, “Sesungguhnya aku sedang berpuasa”, Maka beliau bersabda, “Mendekatlah ke sini, aku akan membeitahumu berkenaan dengan puasa. Sesungguhnya Allah Tabaraka wa Ta’ala menggugurkan (meringankan) setengah hari beban solat ke atas orang yang bermusafir, menggugurkan (memberi rukhsah) ke atas wanita yang hamil dan menyusukan anak akan kewajiban berpuasa. Demi Allah Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam telah mengucapkan keduanya atau salah satu dari keduanya. Aku pun benar-benar menyesal kerana tidak memakan makanan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. (Hadis Riwayat at-Tirmidzi (715), an-Nasa’i (4/180), Abu Dawud (3408), Ibnu Majah (16687). Sanadnya hasan sebagimana pernyataan at-Tirmidzi)


Supplemen ketika menyusu dan berpuasa

supplemen adalah pelengkap kepada zat harian yang kita dapat daripada makanan harian kita. terpulang kepada individu samaada nak ambil atau tak..

Ni supplemen yg saya amalkan ketika berpuasa, alhamdulillah setakat ni kekal bertenaga sampai ke petang dan susu maintain..

SAHUR - ESP Shaklee plus performance drink dan alfalfa

BUKA - Vitalea, Bcomplex, Vitamin c

SEBELUM TIDUR - ostematrix (kalsium)






Hubungi saya di 0193134842 atau email norliyanamazli@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan atau konsultasi * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Wednesday, July 4, 2012

KELEBIHAN VITAMIN C.. kenapa kita perlukannya.


Oren dan buah-buahan citrus mmg kaya dengan vitamin C.. ape itu vitamin c? Vitamin C atau askorbic acid adalah vitamin yang larut dlm air dan tidak dapat disimpan oleh badan.. sbb itu kita memerlukan vitamin c dari makanan. Vitamin C ni vitamin yang penting dlm badan kerana byk fungsinye..

Kenapa kita perlukan Vitamin C?

1) Untuk kulit yang cantik, tulang, gigi dan sendi yang sihat.
Vitamin C membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Perkataan kolagen itu sendiri berasal dari Yunani yang bererti lekat atau bersifat sebagai pelekat.Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.

2) Untuk meningkatkan sistem pertahanan tubuh dan menyembuhkan luka
Vitamin C berperanan dlm penghasilan interferon utk immune sistem dan bertindak sbg antihistamine utk meredakan selesema dan inflammasi. Vitamin C penting utk penyembuhan luka krn diperlukan utk membentuk kollagen. Kulit kita terdiri dari collagen, sbb tu ia amat penting.

3) Mengurangkan risiko sakit jantung
Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah mereka yang menghidap darah tinggi amat digalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat.

 "Moderately higher blood levels of vitamin C measured in healthy persons have been found to be prospectively correlated with decreased risk of cardiovascular disease and ischaemic heart disease, and an increase life expectancy." (Wikipedia encyclopedia) 

4) Antioksidan yang bagus
Vitamin c adalah antioksidan yang berkesan dan efektif utk melindungi badan kita dari radikal bebas yang akan menyebabkan "oxidative stress". jika terlalu banyak oxidative stress akan membawa kepada penyakit kronik seperti sakit jantung dan stroke dan dikaitkan dgn kanser.

Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk.

Ape akibat kekurangan Vitamin C?


Penyakit skurvi adalah akibat kekurangan vitamin C. Sesiapa yang mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan vitamin C.
Mereka yang sedang sakit adalah disarankan mengambil vitamin C pada dos yang lebih tinggi bagi mempercepatkan proses penyembuhan,
Kita digalakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran lima kali sehari. Namun kekangan masa dan tekanan kehidupan masa kini menyebabkan vitamin C tidak dapat diserap oleh badan secara optimum dan lebih banyak keluar melalui air kencing. Menurut Dr Bruce Miller, dos yang dicadangkan ialah 500mg sehari iaitu bersamaan 7 setengah biji Oren.

Dan ini dia Vitamin C kegemaran dan pilihan saya..
Shaklee Sustained Release Vita- C 500mg
Apa yang membezakan Vitamin C jenama Shaklee dgn yang lain2?.....

Shaklee Sustained Release Vita-C™ 500mg berupaya memberikan perlindungan berkekalan, jam demi jam dengan menggunakan sistem perlepasan berkekalannya. Vitamin C merupakan bahan antioksida yang berkeupayaan tinggi yang juga turut dikenali sebagai nutrisi yang berupaya melakukan semua perkara. Sustained Release Vita-C mengandungi:

Kandungan Vitamin C yang tinggi.

Sistem perlepasan berkekalan dalam menyalurkan Vitamin C yang menyamai kandungan satu setengah biji buah oren untuk setiap jam selama lima jam.

Formulasi yang membantu mengekalkan pertahanan antioksida secara semulajadi, kekuatan sel, kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah *

sumber:Shaklee Malaysia


Hubungi saya di 0193134842 atau email norliyanamazli@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan atau konsultasi * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...